Monday, March 1, 2010

Bila Burtuqal Menulis


"Assalamualaikum.. Cubaan 1,2,3.

Ehem..ehem..

Hai! Nama saya Burtuqal! (ala ala gaya "Nama saya Rainnn!":p)




Saya mengambil alih tugas menaip entry baru blog "Of Cats and Kucing" kali ini kerana tuan blog ini sekarang tak ada di dalam bilik dan sedang sibuk buat kerja lain. Membasuh kain agaknya di bilik air tu. Saya pun menyelinap masuk ke dalam biliknya PG 3.*3 untuk menggunakan laptop yang sudah sedia terpasang ini. Oleh itu, di kesempatan ini, saya ingin bercerita kepada semua tentang tragedi yang menimpa saya bulan lepas....huhu...

Oh, sebelum itu, ada pembaca yang tertanya-tanya maksud dan asal-usul nama saya..? Ha.. nama "Burtuqal" itu telah diberi oleh pelajar-pelajar PEREMPUAN  di asrama blok PG, Kolej Safiyyah ini. Apa maksud "Burtuqal"? Ha..."burtuqal" adalah perkataan Arab yang membawa maksud "oren". Heh. Saya suka nama ini. It makes me feel macho and look macho:p Hehe. Oh! I can also speak in English you know... How come? Ha...saya ni kucing yang tinggal di universiti... Dan saya selalu melepak di blok post-graduate pulak tu. Mesti la saya kene jadi pandai macam budak universiti juga...:p Ada juga pelajar yang bercakap dengan saya dalam bahasa Arab tau.. haha..jangan main-main.. bahasa Arab pun saya faham tau...;p Bahasa asing lain pun ada juga saya dengar..tapi saya faham sikit sikit saja la..

Ok..going back to my story about the tragedy that happened to me last month. Huhu. Mari saya perkenalkan dengan watak utama kisah  tragedi ini, iaitu musuh ketat abadi saya i.e my arch enemy, Bayat:

 

 Huh! Posing konon hensem! Tak sedar diri yang saya lagi hensem dari Bayat! Betul tak saya lagi hensem? Cepat..! Siapa sokong saya lagi hensem, sila angkat tangan..;p

Err..apa maksud Bayat? Entahlah. Yang penting nama saya lagi sedap dari nama dia. Huh! Walaupun Bayat ni kononnya ada iras iras muka saya (ermm entah entah dia anak saya, hasil "rumahtangga" saya dengan isteri yang ke-15;p), tapi saya sangat BENCI dengan Bayat!! Ishh! Benci! Tak usah katakan batang hidung... bau dia pun saya menyampah kalau terhidu! Pendek kata, saya sangat bencikan Bayat.

Pada suatu hari sedang saya berjalan-jalan ke level 3, hendak pergi ke bilik tuan punya blog ini, kakak Fara, untuk menjamah makanan, tiba-tiba saya terdengar suara Bayat...mengiau-ngiau penuh kegedikan dari level 3 juga. Huh! Hati saya mula rasa geram! Benci saya mula rasa membuak-membuak! Saya jalan ke depan lagi dan saya lihat, Bayat sedang berada di depan bilik kakak Fara, sedang beristirehat di penghadang koridor sambil merenung ke atas dan bawah. 



Hish! Mesti tengah cuba nak tarik simpati dan perhatian orang la tu! Konon dia hensem dan baik! Konon tengah merenung masa depan yang cerah la tu! Hish!! Saya tak tahan! Saya tak tahan! Saya geram!! Saya hendap dia senyap senyap. Dia tak perasan! Saya geram nak pukul dia!! "Siap kau Bayat!! Aku akan kerjakan kau!! Siap kau!". Saya pun melompat ke penghadang koridor itu! Bayat terperanjat bila nampak saya! Saya lepaskan geram saya! Saya pukul dan tolak Bayat!! "Nah!! Ambik kau Bayat!! Dushhh!!". Bayat tak sempat mengelak pukulan hikmat saya. Dia juga tak sempat nak selamatkan dirinya!!...Lalu jatuh shewwww...ke tanah! Muahahaha! Saya puas hati...............

TAPI MALANGNYA...... Saya, yang tidak bersedia dengan sebarang defense back-up plan...saya, yang terlalu mengikutkan geram pada Bayat...saya, yang telah berjaya memukul dan menolak Bayat jatuh ke tanah dari level 3...... Huhu...Malangnya saya juga turut terjatuh bersama dengan Bayat ke bawah, kerana saya tak sempat berpaut dengan apa-apa.... GEDEBUK!!! Saya jatuh....huhuhu



Selepas tersedar yang kami berdua telah sama-sama jatuh, kami cuba bangun perlahan-lahan. Saya nampak Bayat sedang cuba bangun dan hendak melarikan diri. Saya juga cuba bangun. "I...Must...Walk...And...Runaway...From here.. Malu doh...Macho macam ni....tapi jatuh...", bisik hati kecil saya. ;p Tapi terasa sangat sangat sakit di kaki belakang sebelah kanan. Oh sakitnya! Bertambah sakit, bila saya cuba berjalan. Baru saya sedar, rupanya kaki kanan belakang saya seperti bengkak dan tak boleh berfungsi. Ohh...sedihnya. Disebabkan terlalu sedih, saya terus bangun dan pergi dari situ...menuju ke sebuat hutan kecil di tepi blok PG ini...membawa hati yang lara. Huhu. 

Selepas kejadian itu, untuk beberapa lama, saya rasa sedih dan kaki sangat sakit. Adooiii. Semangat saya luntur. I felt helpless and weak. Apa jadi dengan Bayat? Huh. Saya dengar kakak Fara bercerita dengan kawan-kawannya yang lain, Bayat hanya luka luka di kaki. Huhu..lagi saya sakit hati. Adoooii..



Tapi, mujurlah masih ada yang baik hati memberi saya makan dan semangat untuk terus berjalan dan teruskan hidup. Huhu... terima kasih kepada kakak-kakak di blok PG ini. Walaupun mereka agak menyampah dengan saya sebab saya selalu buat bising di blok mereka, tapi saya tetap diberikan kasih sayang dan makanan yang secukupnya. Ramai yang bersimpati dengan saya. Kaki saya masih sakit. Saya berjalan tempang satu kaki belakang. Tapi masih boleh bergerak. Dan hari demi hari, saya bertambah pulih. Kaki belakang saya, sudah boleh digunakan untuk berjalan. Ia tak sesempurna dulu. Saya masih jalan terhenjut-henjut, tapi syukurlah kurang kurang, sudah boleh berjalan.



Dan sekarang, saya rasa sudah banyak pulih dan telah kembali bersemangat. Apa perasaan saya pada Bayat? Huh. Dendam saya pada Bayat takkan saya lupa! Kerana dia lah saya jadi begini! Huh! Siap kau Bayat! Kali ini, saya akan pastikan yang saya akan menyusun strategi bernas terlebih dahulu, sebelum bertindak dan menyerang Bayat! Hmmp!!


 Itulah kisah tragedi yang menimpa diri saya. Sedih tak? Huhu..sedih tau. 
Baiklah, setakat ini sajalah entry untuk kali ini. Saya kena berhenti cepat ni. Tuan blog ni dah nak habis buat kerja dia. Semoga kita berjumpa lagi. Sekian. Bye! >0< "

Yang Benar Macho,
~BurTuQaL~

 *     *     *

Selang beberapa minit kemudian, tuan blog masuk semula ke dalam biliknya P.G 3.*3 dan terkejut mendapati Burtuqal berada di dalam bilik. Dia terus menyapa, "Ultuqaaall!!! Ape ye buat tu? Hish! Ape ye buat masuk bilik akak nih? Ye buat ape duduk kat laptop nih..? Sudah sudah...Gi keluar... Makan kat luar.....Haishh..".
"Ngeoooowwwwww.......", jawab Burtuqal, as if he has done nothing wrong ;p

THE END :)


P.S: Ye, tuan blog ini suka berimaginasi;p

P.P.S: Kejadian Burtuqal menolak Bayat jatuh dari level 3 memang berlaku, bukan imaginasi. Dan kejadian kaki Burtuqal sakit dan kelihatan seperti patah juga memang benar berlaku, bukan imaginasi. Sekian.


4 comments:

f said...

ahahhahahahha!

comel giler

;)

Fara; OfCatsAndKucing said...

hehehe;)

Imran said...

hensemnya Burtuqal neh. cam oyen (kucing saya tuh) time dia slim dulu. ahakz..

Fara; OfCatsAndKucing said...

to imran,
hehe..die mmg hensem;p tp skrg si hensem ni dh jln capek..siannn;p

Share This:

More Cat Stories Here: